Thursday, August 9, 2012

Resepi Pavlova


Star rate : 5 Bintang!
Hai pembaca setia. Pernah dengar tak pavlova? Pavlova ni sebenarnye kek daripada New Zealand yang sangat lembut lagi sedap lagi mengiurkan lagi perhhhhhhhhhh. Fuwafuwaaaa *bunyi kek yang lembut. Memang sedap. Memang recomended bagi sesiapa yang suka marshmellow. Sebab dalam dia memang rase macam marshmellow! Takut nak buat, sebab barang dekat rumah selalu tak cukup? Jangan risau lahhhh. kek ni bnyk guna putih telur je okayyyyy. Siapa takde telur dekat rumah? Impossible. *faint. Mesti kena cuba. Kalau sesiapa yang teringin tu, cuba try buat! atau beli atau suruh lah mommy you masak :P Haha, nak cakap betapa sedapnye kek nie, 3 org mybrothers memang pernah berebut and gaduh-gaduh pasal benda nie, termasuk lah kakak die-,- Cakap je nak masuk dalam peti ais dulu and nak makan waktu sejuk, tapi bila bukak peti ais, memang dah ghaib dah... Actually resepi ni dah try sebelum masuk UTP dah, tapi disebabkan terlalu busy, kna lah tunggu bulan-bulan untuk post entri nie :P
So, inilah dia, PAVLOVAAAAAAAAA *love love*

Cara-cara membuat pavlova:-

8 biji putih telur
300g gula kastor
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil cuka makan

Untuk topping:
250g whipping cream
30g gula icing
1/2 sudu kecil esen vanilla
Fruits :- strawberry, passionfruit, kiwi, blueberry, pineapple, anything you like.
Chocolate syrup

1. Pastikan mangkuk anda bersih dan tidak ada air walaupun setitik.*wajib, air akan menyebabkan pavlova anda terbantut dan tidak gebu. Putar putih telur sampai soft peak, tambah gula kastor, sedikit demi sedikit dan putar sehingga stiff peaks. Pastikan gula betul-betul hancur. *Stiff peaks di sini bermaksud bertanduk and bila terbalikkan bekas, tak jatuh. Kalau letak atas kepala masih kukuh, memang stiff la tu :P
2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper and sudukan adunan ke dalamnya. panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven. Bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
3. Untuk topping, putar whipping cream sehingga muncul soft peaks. Maniskan dengan sedikit gula dan esen vanila. *Tak payah letak gula pown tak pe bagi sesiapa yang tak suka manis.

Lepas bakar:-


Dalam tu lembut macam marshmellow, luarnya sangat crispy.  Selamat mencuba! hehe. WAJIB CUBA.



No comments:

Post a Comment